Fara & Azri

By: fara azri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Nov-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
makan²

before.....
 
 
 
 
...after
dak2 umah lama azri datang makan2.. sempena raya..
masak sket2 jek.. satay tak de peruntukan.. ihihi..

lain kali kita wat untuk dak² umah fara plak ek... lama tak kumpul ramai²..
balik² muka S jek.. ekekek....

bolognese spaghetti - tq wada 4 d resepi
egg tart - source from net.. tak hingat site mana..
choc cake - tq husna

nyum nyum.. alhamdulillah.. walau pun tak sumer yg dapat datang,.. tp diorang berjaya mewakilkan perut2 kawan2 diorang.. ekeke..

tp sorry aa... syok2 makan, forgot to snap guests picts..

Okey... ni resipi:


clockwise from spaghetti nyer kuah, spaghetti, parsley, egg tart, pedang samurai , choc cake, rojak buah, cheese, spaghetti lagi..
air - pink guava

EGG TART

Bahan-bahan (A) Kulit

500 gram tepung gandum
1 1/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Bahan² (B) - Kastard

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit pewarna kuning

Cara²nya

1. Kulit - Gaulkan semua bahan (A) kecuali telur sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan telur, gaul hingga rata hingga jadi doh.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Siapkan Kastard - gaulkan semua bahan (B) sehingga sebati.
5. Kulit yang telah diterap bulat tadi diletakkan kedalam bekas/acuan mangkuk kecil yang telah digriskan/di sapu sedikir majerin. Letak lebih sket pun tak pe.. nnt senang tanggal.. tak pun guna foil.
6. Buang gelembung angin yang ada – cucuk la ngan garfu...
7. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 C. – kalo agak2 kurang kuning leh tambah masa lagi.
8. Keluarkan dan tuangkan adunan kastard telur kedalam tat.
9. Bakar selama 5 minit. Sejukkan dan bolehlah dimakan..

Ari tu tak sempat nk cari bekas yg biasa orang guna tu.. bekas foil.. so alas loyang ngan foil sekeping tu.. sapu marjerin,.. letak la kulit dia cover bhgian bawah dan tepi...yang tepi tu tak payah tebal sangat pun tak pe.. time bakar tu kene lama sket la sbb tebal dan besau kan..
Pastu masukkan kastartd, dan bakar lagi..
Kastard pun kene bake lama sket sbb kastart tu pun tebal..
Dah siap, sejukkan, dan potong2.. 
Tu yg jadik cube2 tu.. 

BOLOGNESE SPAGHETTI
Bahan²:

Spaghetti
Bawang besar - cubed
Button mushroom - dihiris
Carrot - cubed
Tomato - cubed
Daging kisar
Bolognese paste
Serbuk lada/lada kering yang dikisar – ikut tahap kepedasan yang diinginkan
Tomato paste/tomato sauce – ikut suka la banyak mana.. kalo suka masam², letak lebih
Garam dan gula
Black pepper
Parsley
Parmesan Cheese

Cara²nya:

1. Lembutkan spaghetti.
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bawang – sampai kuning² menyelerakan la..
4. Masukkan lada (serbuk lada + air)
5. Masukkan garam dan sedikit gula mengikut rasa…
6. Dah agak2 harum bau dia, masukkan daging kisar – biar sampai daging betul2 masak..
7. Masukkan mushroom, carrot…. Bolognese paste, tomato paste…tomato..
8. Tambah black pepper.. kalo suka pedas, letak banyak²….
9. Hidang dengan parmesan cheese dan parsley…

Betul tak chef Wada?.. spageti ni nyer resipi?..

KEK COKLAT

bahan A

1. 1 cwn serbuk koko
2. 1 cwn gula pasir
3. 1 cwn susu cair
4. 1 cwn minyak masak
5. 1/2 cwn susu pekat

bahan B

1. 1 1/4 cwn tepung gandum
2. 1 sudu teh soda bikarbonat
3. 1 sudu teh baking powder
4. 1 sudu teh esen vanila
5. 3 biji telur

ayakkan bahan B- 1,2,3 bersama

cara² nya

1. masak dan cairkan bahan A di atas api kecil hingga
sebati
2. sementara bahan A masak, pukul telur hingga kembang
3. campur bahan A yang tlh dimasak ke dalam telur yang
sudah kembang
4. tambah sedikit esen vanila
5. pukul hingga sebati
6. masukkan bahan B yang telah diayak bersama dan
kacau hingga sebati
7. masukkan ke dalam bekas, kukus 1 jam

cuba sekali.. pasti nak lagi...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net