Fara & Azri

By: fara azri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Thursday, 26-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
kad kawin sg petani

top secret classified military operation..
fara tgh mrajuk tu... ;p
tempat keje prof. dr. azri 2 b.. :p
View all 5 photos...


Tuesday, 17-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
ayahnda n bonda kanda... :p

 
 
 
View all 4 photos...
Azri balik kedah untuk uruskan pasal nikah... ihih...
baper ari je tinggal...
tu balik bujang yg last la...
pas ni bawak bini...
ehehe...
sayang abang....


Saturday, 14-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
my kad

 


dapat my kad dah..
ihihi.. hari tu masa buat kene denda.. rm 30...
sbb tak tuko² dari darjah 6 dulu..
masa nk wat tu pakai tudung kaler purple...
dah amik gambo.. ingat ok la.. ttba akak tu panggil sbb dia kata tak nmpk tudung tu.. hiyerkkk...
tgk² sket jek... kat atas hujung kpl... nk tau naper?.. sbb dia tarik brightness tu ke 100%...
patut la idung tetiba nmpk lubang aje....
tak kesah la.... malas nk argue p la tuko tudung...
tudung sumer tak friendly.. lantak la..
ada tudung itam, tudung colorful ngan tudung merah tu...
yg hitam tu berkedut tak hingattt... nk lipat pun kerepot²...
yang colorful tu licin sgt..
'best' choice yg merah tu la.. bleh la...

nah.. inilah hasilnyer... bleh la ek?...


Tuesday, 10-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
anak buah member

 
Quote:
Murid cedera terjatuh dikejar dua anjing liar



AMPANG: Seorang murid Tahun Empat cedera di muka kanannya selepas terjatuh ke dalam longkang akibat dikejar dua ekor anjing liar ketika dalam perjalanan pulang dari pusat mengaji agama, di Jalan BU 1/1, Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nursyaida Hasni, 10, murid Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, dikatakan sedang berbasikal melalui jalan berkenaan apabila tiba-tiba muncul dua ekor anjing liar lalu mengejarnya.

Bapa mangsa, Hasni Abu Hassan Basri, 37, berkata Nursyaida yang ketakutan memecut laju dan apabila sampai pada satu selekoh di laluan berkenaan, basikalnya gagal dikawal lalu terbabas serta tersembam ke dalam longkang.

“Ketika itu, mukanya terkena dinding longkang menyebabkan luka, bengkak dan berdarah. Pada masa sama, dua anjing berkenaan cuba menyerangnya tetapi tindakan berkenaan dilihat seorang jiran lalu membantu anak saya.

“Jiran terbabit sempat memukul beberapa kali kedua-dua anjing berkenaan dengan kayu. Apabila anjing berkenaan beredar, dia mengeluarkan anak saya daripada longkang sedalam hampir satu setengah meter itu,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Bukit Antarabangsa, di sini semalam.

Kes ini yang terbaru membabitkan kanak-kanak cedera akibat serangan anjing. Pada 18 Mac lalu, seorang pelajar Tahun Tiga, Muhammad Hazman Khan Seh, 9, terpaksa menerima 180 jahitan di kepala, leher dan badan selepas diserang empat ekor anjing di Taman Putra Perdana, Puchong.

Selang dua minggu selepas itu, satu lagi kes budak berusia sembilan tahun, dari Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah juga diserang anjing peliharaan jirannya ketika bermain di luar rumah, sehingga menerima 28 jahitan.

Hasni berkata, isterinya, Shamy Shamsuddin kemudian membawa anak sulung daripada tiga beradik itu ke Pusat Perubatan Gleneagles, selepas mendapati mangsa muntah darah dan ditahan wad selama dua hari untuk rawatan lanjut.

“Selepas menjalani imbasan sinaran X, doktor mendapati tulang pada muka iaitu di bawah mata anak saya patah, begitu juga tulang di pipi, manakala dua jari kaki kanannya turut cedera.

“Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana mata dan bahagian lain tidak cedera. Ujian yang dilakukan doktor pakar mendapati semua berkeadaan baik,” katanya.

Beliau berkata, doktor menyifatkan anaknya bernasib baik dan kecederaannya boleh dipulihkan menerusi pembedahan.

“Bila tarikh pembedahan dilakukan belum diputuskan kerana ada kesan bengkak pada bahagian yang cedera. Menurut doktor yang merawat Nursyaida, dia perlu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut serta menilai tahap kecederaannya,” katanya.

Difahamkan kes ini adalah yang pertama berlaku di taman berkenaan sejak taman perumahan itu dibuka pertengahan 1980-an.

Walaupun rata-rata penduduknya yang bukan beragama Islam memelihara anjing, tidak menghairankan sekiranya ada anjing liar di situ memandangkan kawasan bersebelahan hutan belukar.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati, kawasan hutan berkenaan adalah luas dan tiada pagar dibina bagi memisahkannya dengan kawasan kediaman yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).


anak buah sham tu.. shamy tu kakak dia la... syian....


Thursday, 21-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

Tempat study azri.. berselerak... ;p


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net